Thursday, August 31, 2006

Kembali kepada Pencipta

Ada sekali laptop saya hampir seminggu menghadapi masalah untuk di hubungkan ke internet. Puas saya tekan itu ini, dan buat segala benda yang saya ‘rasa’ saya tahu, dan saya rasa saya ‘boleh’ buat. Namun, hasilnya tetap sama. Gagal.

Kemudian, saya tergerak hati melakukan sesuatu. Saya dail talian interaktif pelanggan Streamyx bagi mendapatkan bantuan. Dari jauh, saya diajar setting semula network connection dan segala macam benda yang selama ini saya tahu clik tetapi tidak tahu untuk di buat apa. Akhirnya, tak sampai 15 minit, internet berjaya disambungkan kembali ke laptop. Saya lega dan puas hati, kerana saya menemui jawapan yang sebenar – iaitu kembali kepada pencipta.

Saya teringat satu ceramah yang saya hadiri lama dahulu tetapi satu analogi yang diberi terus melekat dalam fikiran. Menurut penceramah itu, keretanya rosak pada suatu hari. Lalu dia menghantarnya ke sebuah bengkel. Beberapa hari kemudian, keretanya rosak lagi. Dihantarnya semula ke bengkel yang sama. Setelah beberapa kali, masalah yang sama timbul. Keretanya tetap rosak. Dia naik radang. Banyak duit yang terbang, begitu juga masa.

Akhirnya dia ambil keputusan menghantarnya ke pusat servis kereta itu, di ibu pejabatnya. Dia merujuk masalah kepada kakitangan disitu dan diberi nasihat bagi menyelesaikannya. Setelah dibaiki, akhirnya kereta tersebut baik seperti sedia kala. Tidak lagi rosak. Dia merasa puas dan segala masalahnya selesai.

Moralnya? Penceramah itu memberi analogi yang menarik. Jika kereta rosak, kembalikan kepada penciptanya - hantar kepada pusat servisnya, janganlah hantar kepada bengkel, nanti macam-macam dibuatnya. Samalah kita, manusia yang serba tidak sempurna. Jika kita menghadapi masalah, kesukaran dalam hidup, fikiran kusut, tidak keruan, dan seribu satu perkara lagi, cuma satu sahaja jawapannya. Kembalilah kepada Pencipta – ALLAH. Dialah tempat untuk kita bercerita dan mengadu akan segala-galanya, tempat memohon petunjuk dan pertolongan agar ditunjukkan kita jalan yang lurus dan arah yang tepat untuk kita terus melangkah. Selain dari-Nya, bukanlah ketenangan yang kita terima. Mungkin hidup kita lebih teruk dari itu dan tidak ada penyelesaiannya. Hidup akan menjadi lebih teruk.

Kesimpulannya mudah. Saya hadapi masalah internet, terus telefon Streamyx. Kereta rosak pegilah ke pusat servisnya. Kita pula, kembalilah kepada Allah. Dia Yang Maha Agung dan Maha Penyayang.

Sentiasalah kembali kepada pencipta!

Comments:
Analogi,saya suka perkataan ini tapi kisahnya lebih sesuai di blog kisah para sahabat.
Kita berkongsi cerita tentang analogi.
Satu ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama sahabat.Dengan tangis seorang wanita Yahudi menemui baginda." Mengapakah kamu menangis wahai wanita? "
" Ya Muhammad, saat aku riang tertawa bersama anakku bermain di depan mataku, tiba-tiba hening sepi dan sunyi,anakku hilang dari mata,ku cari tak bersua."
" Wahai wanita andainya Allah mengembalikan anakmu ,adakah kamu mahu beriman denganku?"
" Ya, demi hak kemuliaan Ibrahim Ishak dan Yaakob (as)."
Maka Rasul mendirikan solat sunat 2 rakaat lalu berdoa,namun belum pun selesai doa itu di akhiri, anak yang hilang itu berada di hadapan Rasul SAW.
" Di manakah kamu berada sebelum ini wahai anak ? "
" Saat aku sedang bermain di hadapan ibuku,tiba-tiba Ifrit yang tidak beriman telah menculikku lalu dibawanya aku ke laut,saat Tuan berdoa, Allah mendatangkan jin yang mukmin yang lebih kuat dari Ifrit,llalu dirampasnya aku dan ini aku berada di hadapanmu berkat kesejahteraanmu."
Akhirnya ibu anak itu telah mengucap syahadah.
Pengulangan cerita bantu untuk mengukuh keyakinan bahawa nilai baik akan terus membawa kebaikan.
 
Ya, nilai baik akan terus membawa kebaikan.
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]