Tuesday, August 29, 2006

Kisah kupu-kupu

Alkisah seorang saintis yang asyik memerhatikan kepompong. Dia dapati si anak kupu-kupu bergelut untuk keluar dari kepompong. Atas sebab kesian, saintis tersebut memotong bucu kepompong untuk mengeluarkan si anak kupu-kupu itu tadi.

Anak kupu-kupu itu merangkak-rangkak. Kepaknya kecut dan badannya agak kecil. Saintis itu menunggu dengan harapan badannya akan membesar dan kepaknya akan mengembang. Sangkaannya meleset sekali kerana kupu-kupu itu cacat seumur hidup dan tidak dapat terbang.

Apa yang saintis itu tidak tahu, pergelutan itu suatu perencanaan Allah swt agar cecair dalam badannya mengalir keseluruh kepak, mengembangkan kepak tersebut dan memperkukuhkan binaannya.

Dalam hidup kita begitu juga - kekadang - pergelutan, perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita berjaya dan kuat dalam menjalani hidup ini. Kalau Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan, cubaan dan pergelutan - kita akan gagal dalam kehidupan kita ini.

"Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If Allah allowed us to go through life without obstacles, it would cripple us. We would not be asstrong as we could have been. And... we would never fly."

Comments:
Agresif menghimpun hambatan untuk mencapai kepuasan.Miskinnya adalah pada sukarnya membina tolak ansur yang tinggi kerana terlindungnya akal fikir yang bersendi seni budi untuk menyingkap idea bernas yang berupaya mengupas dilemma.
Kemahuan jika dilayani dengan adil inisiatifnya adalah anika input yang kreatif yang menguntungkan bukan sahaja diri malah bangsa manusia dan dunia seluruhnya.
Sempit minda kerana jurusan yang berpetak-segi ikut imaginasi sendiri tanpa upaya mengekalkan kesederhanan bahawa banyak yang dapat diteladani jika digabungjalinkan muafakat meningkat darjat sepakat.Apakah maklum balas tidak memberi makna?
Upaya minima sentiasa berpijak memijak atau dipijak oleh bukti bahawa mesej amat mudah dimengerti.
Rangkai fikir gelombangnya adalah teguh positif untuk membina bukan meruntuh, merubah bukan sekadar menetap, biar dengan penelitian masa bukan pengejaran masa.
Bersungguh-sungguh untuk melihat masa hadapan bukan mengundur memesat kejahilan.Juzuk himpun terasing singkir jumud yang mahu subur kebencian sedang kasih tiba walau tanpa diundang. Pengembara Viking kuno menemukan gurun pasir jerebu debu yang menyingkap maklumat berciri teknologi tinggi bukan sekadar sempit mencipta senjata guna membunuh manusia!
Bergerak sederap kehadapan bukan atas kepentingan, bukan jaya kuasa atas ekonomi semata bahkan komited tanpa berbalah agar peribumi tidak
'sekadar untung sabut'. Makna globalisasi bahayanya bila ia dirangka dengan berstrategi. Kesungguhan ummat akan membahagiakan jika mengambil syariat kerana sederhana adalah seimbang oleh roh dari rohani yang bersimpati berbelas kasihan sesama insan.Bersungguh-sungguh untuk memaparkan bahawa dunia aman damai menuntut tiada diskriminasi penindasan hak kerana masyarakat Madinah satu saat dahulu merupakan
insan-insan yang memberi perlidungan kepada semua tanpa mengira penduduk jati, tetamu yang berhijrah, pengembara yang bermusafir, musafir yang bermukim, kerana mereka tidak memberi kepalsuan apabila berjanji, telus tanpa gadaian bicara mulus namun berhasad iri, gentar untuk mengambil hak yang bukan menjadi milik mereka.Ummat itu adalah ummt Muhammad SAW yang menjadi bangsa manusia tercipta dari rasa cinta.
Cinta hamba kepada Pencipta dan cinta insan sesama manusia.
Bersungguh-sungguh untuk menyahkan kebencian permusuhan sengketa ini lah usaha bersama.
 
Assalamualaikum Ziati,

Mohon ambil semula catatan ini bolehkah?
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]