Wednesday, September 13, 2006

Mengapa duit itu penting?

Apabila kita dengar orang kata, ‘duit itu adalah segala-galanya bagi saya, ia amat penting sekali’, kita akan segera anggap yang orang itu mata duitan, terlalu mementingkan duit dan materialistik.

Cuba bezakan dua situasi ini:
1. Mempunyai banyak duit atau harta adalah punca kepada segala masalah. Apakah benar dengan mempunyai duit atau harta yang banyak kita akan menjadi jahat? Rasanya apabila punya banyak duit atau harta, kita punya banyak kesempatan untuk berbuat kebaikan seperti menderma atau bersedekah, hidup lebih tenang bersama keluarga, tidak terkejar-kejar dengan masa, boleh bercuti bersama keluarga, boleh membayar atau selesaikan hutang, beli benda yang selama ini kita mahukan, dan sebagainya. Kita perlu tukar pepatah ini - duit atau harta ialah kunci kebahagiaan. Nabi Muhammad sendiri ada berkata bahawa kefakiran membawa kekufuran. Ia bermakna, ketiadaan harta itu sebenarnya mengundang kesusahan dan masalah yang banyak. Keluarga bahagia tanpa perpecahan, dan hidup dalam keadaan rukun dan damai.

2. Ketiadaan duit atau harta adalah punca kepada segala masalah. Apabila kita ketiadaan duit, ia sebenarnya mengundang lebih banyak kejahatan. Peningkatan jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan duit dengan cara mudah dan cepat. Mereka merompak bank, melakukan kecurian di kedai emas, memeras ugut, memecah masuk rumah atau menculik bagi mendapatkan wang tebusan. Tujuan mereka ialah mahukan duit. Memang mereka melakukannnya kerana duit, tetapi puncanya ialah kerana mereka tiada sumber kewangan untuk membeli apa-apa yang mereka hajatkan. Mereka tidak dapat membeli bagi memenuhi kepuasan sendiri dan memenuhi kehendak hati. Oleh itu, melakukan jenayah adalah satu kerja yang mudah dan senang. Cuba lihat kes rompakan d sebuah bank tidak berapa lama dahulu. Perompak melarikan wang berjuta-juta dalam masa beberapa minit sahaja, dan turut menyebabkan beberapa pengawal keselamatan terbunuh.

Bila seseorang berkata duit tidak penting, ia seolah-olah meletakkan satu kenyataan bahawa duit itu adalah punca kejahatan. Tetapi tidak sedar bahawa duit sebenarnya kunci kebahagiaan. Duit memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Kita perlu makan, membayar bil air, api dan telefon, membeli pakaian, bayar pinjaman kereta atau rumah, perbelanjaan perubatan, hiburan dan peruntukan kecemasan. Setiap kali melangkah keluar dari rumah, sama ada ke tempat kerja atau pun sekadar berjalan-jalan, ia semua mempunyai kos. Sama ada memandu atau menaiki kenderaan awam, semua menggunakan duit.

Apa yang perlu adalah kita tukar kenyataan itu. Kalau kita kata ‘duit amat penting bagi saya’ memberi makna yang lain kepada sesetengah orang, tukarkan ia kepada ‘duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.’ Ayat ini lebih menjelaskan tentang kepentingan duit, bukannya diri kita yang mementingkan duit.

Comments:
Benar, wang bukan segalanya namun segalanya memerlukan wang. Namun mengikut ukuran keperluan jika biasa dengan sederhana, tanpa gaya stail ingin menjaga status,wang yang sedikit digunakan secara berhikmah tetap memadai.Memerhati dengan tertib mana yang menjadi prioriti, melabur dengan wang guna pendidikan berjangka masa, merencana dengan bijak jika pendapatan belanjawan terhad hanya dari sumber yang tidak dapat dipelbagaikan, mungkin
kaedah melabur dengan perkongsian bijak bersama saudara sahabat yang jujur, bermatlamatkan perniagaan yang halal akan menambah wang.Hindari berdagang tanpa saling memanafaatkan, menguasai memonopoli menekan mempengaruhi sesama sendiri tanpa mengambil kira stuasi diri rakan niaga & keadaan semasa kerana untung cara begini tidak akan kekal. Berjimat bukan bermaksud kedekut cuma kita
tidak pernah tahu bila akan bertemu krisis ekonomi kecuali jika kita telah biasa mengenall spekulasi, mungkin kita boleh bersedia.Jika rupa bumi tandus kering berdebu tiada minyak perniagaan sahajalah jalan meningkat pendapatan. Berdagang dengan sheikh Arab memang menguntungkan tetapi usah dianggap mereka ini tidak bijak kerana mereka mewarisi bumi yang penuh berkah.Usah di ajak mereka bersengketa kerana mereka amat tinggi tahap kesabarannya melalui mehnah dan ujian biar nyawa menjadi korban.Biarlah bersederhana... yang kaya biar jiwa miskin jasad, jasad akan meninggalkan harta namun rugi juga tiada layak memanjangkan sedekah kerana muslim yang kuat lebih baik dari muslim yang lemah.
Wang bukan segala-galanya ikut keinginan dan kemahuan diri. Usaha yang utama kerana hanya dengan usaha sahaja wang akan tiba.
 
Bila ada duit, boleh beli kain buat sembahyang.
 
betul..betul...betul....

duit bkn segalanya, tetapi segalanya adalah duit.

buang air pun pakai duit juga.

harta bnyk pun, x kemana...kalau harta tuk anak2, alhamdulillah boleh..beli la tnah bnyk2, tanah lot pun xpe, esk dah tua, xde la pening sangat pk psal tempat tinggal anak...
pastu, xda la anank2 asyik mengharap ibu bapa shje...biar mereka juga belajar berdikari..

Rahsia Keuntungan Menjadi A***

Ingin Membina LAman Web Sendiri Utk Menjual Produk Sendiri?? KLIK SINI!!

Ingin Belajar Buat Blog Sendiri?? (setiap bulan, harganya akan dinaikkan kepada RM10 )KLIK SINI!!

Hot News, Kongsikan Apa saja Di sini!!
 
betul. Sgt setuju. orang kita selalu mengangap yang duit tu perosak, lupa dunia.. tp ia sgt membantu.

orang kita sllu ckp nak hidup sederhana. tpi sebenarnya xsalah jadi kaya kerana kita dpt bantu orang. Orang yg sllu ckp nk hidup sederhana ni adalah orang yang mementingkan diri sebenarnya.

Tak salah beli barang mewah, beli apa yg kita minat kerana itu hadiah utuk diri sendiri. Orang sllu ckp salah sbb dia xdpt tp bila dia dpt, dia sndiri senyap.. hehe!

Skadar berkongsi!
 
Duit x boleh bli cinta sejati,duit x boleh bli nyawa.sgalanya memerlukn duit tp duit bknlh sgalanya.x kira susah atau senang ada sebab Allah timpakn ujian. Satu ja cara nk buat hati rasa bhgia dan tenang... Bersyukur selalu atas nikmat Allah bg x kira susah ataupn senang
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]