Sunday, December 03, 2006

Tengku Datuk Ibrahim Petra Tengku Indra Petra

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Petra Perdana

Biarpun Tengku Datuk Ibrahim Petra Tengku Indra Petra lahir dalam keluarga diraja Kelantan, ini tidak dijadikan sebagai atu halangan untuknya membataskan pergaulan dengan rakyat biasa. Malah, beliau tidak pernah menggunakan statusnya sebagai jalan mudah bagi menikmati kehidupan mewah tanpa sebarang usaha.

Beliau tidak menolak apabila diminta bapanya untuk bekerja sebagai inspektor bas mini di Malputra, iaitu syarikat bas yang ditubuhkan oleh bapanya selepas bersara sebagai duta untuk mengendalikan operasi bas mini pertama di lembah klang pada 1976.

Pekerjaan ini dilakukan ketika sedang menunggu panggilan melanjutkan pengajian di luar negara. Beliau sempat meraih pengalaman selama enam bulan sebelum berlepas ke AS bagi melanjutkan pelajaran di University of Oregon dalam bidang Sains (Pemasaran).

Sebagai inspektor bas, beliau memulakan kerja seawal jam 6 pagi sehingga 6 petang. Setiap hari beliau membawa bekal kertas kotak yang akan digunakan mengalas tempat duduk kerana kerap kali terpakasa duduk dibahagian atas enjin bas.

Apabila kembali ke Malaysia pada 1980, beliau menyertai Petronas sebagai Eksekutif Pemasaran dan berkhidmat selama dua tahun sebelum menurut jejak ayahnya sebagai pegawai Tadbir dan Diplomat dengan menyertai Wisma Putra pada 1982.

Namun begitu, Tengku Ibrahim Petra meninggalkan kerjaya tersebut apabila bapanya meninggal dunia. Beliau tidak mempunyai pilihan kecuali menguruskan perniagaan bapanya menerusi Petra Finance Bhd, bidang yang jauh dari kepentingannya. Namun, beliau ternyata tidak sampai hati berurusan dengan pelanggan yang merayu meminta tempoh bayaran ditangguhkan atau dilanjutkan walaupun telah dikenakan pelbagai syarat.

“Ini membawa kepada keputusan lembaga pengarah Petra Finance menjual kepentingan syarikat kewangan itu kepada PhileoAllied Group pada 1995. Ia adalah keputusan yang tepat dan saya tidak pernah menyesal melepaskan pegangan itu.”

Tengku Ibrahim kemudian memberi tumpuan kepada syarikatnya sendiri, Petra Resouces Sdn Bhd yan mengendalikan perdagangan barangan dan kelengkapan kejuruteraan import berkaitan minyak dan gas dengan pelanggan pertama, Petronas Carigali Sdn Bhd. Syarikatnya kemudian berkembang apabila mendapat projek besar kedua dari syarikat minyak Shell di Miri, Sarawal pada 1991.

Dengan potensi besar dalam bidang minyak dan gas, beliau berjaya membawa Petra Perdana sebagai syarkat penyedia perkhidmatan sokongan luar pesisir bagi industri minyak dan gas yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia untuk menjadi syarikat yang disegani.

Bermula dengan tiga kakitangan, iaitu beliau, seorang rakan yang bersamanya di Petronas dan seorang budak pejabat, Petra Perdana kini menggaji 1600 kakitangan yang bukan sahaja berkhidmat di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Tengku Ibrahim Petra menyifatkan kunci utama kejayaannya ialah fokus dan kerja keras, serta disiplin tinggi yang ditanam dalam dirinya oleh bapa dan ibunya. Beliau tidak menafikan begitu kuat disiplin dan sentiasa berdikari, sifat yang diterapkan dalam dirinya sejak kecil kerana telah kesekolah berasrama sejak berusia tujuh tahun lagi.

Beliau kerap kali turun padang melihat sendiri lokasi projek bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak hanya menyerah bulat-bulat kepada pengurusnya.

Falsafah jangan sombong dan jangan bongkak dipegangnya sepanjang masa dan inilah juga yang menjadi kekuatan kepada jalinan hubungan beliau dengan pelanggan Petra Perdana selama hampir 18 tahun beroperasi.


Sumber: Tak guna keluarga untuk jaya, Berita Harian 30 September 2006.

Comments:
Akhirnya kini salah seorang dari rakannya yang sama sama bersusah payah dahulu hari ini cuba untuk merampas kuasa dengan cara mengadakan EGM untuk menyingkirkan beliau.....dunia....dunia.....penuh sandiwara....
 
macam drama kat TV , org koprat yg kaya-raya tapi baik hati, ditipu oleh sedara-mara,kawan-kawan,anakberanak dan lain-lain.

tak apa !!!! suatu hari nanti.......
 
kadang-kadang kena balik kampung , tukar angin tengok potensi kat kelantan ni pulak, masih ada sedar-mara yang sokong tanpa ambil kesempatan langsung, susah senang kita ada kat sini jer.......
 
Kesian Tengku. Dia memang seorang yang baik dan sabar. Balik kampung pun tak dapat apa. Sepatutnya dia yang jadi sultan kelantan, tapi dah pakcik dia tamak nak kan tahta. bagi pinjam masa gi belajar kat oversea dulu. balik2 tengok sultan ismail tak nak bagi balik. sekarang anaknya tengku temenggung nak rampas tahta dari tengku mahkota. kata org, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi! kesian betul Tengku Ibrahim tu, dengan kerabat kena, dgn org biasa pun kena. aku mintak2lah sesapa yang buat dia tu kena daulat dia!
 
Hmm.. kalau setakat dengar dari berita yang ditulis oleh beberapa pihak sahaja, jangan buat keputusan melulu. Banyak yang berlaku, tapi tak diketahui ramai. Tg. Ibrahim bukanlah seperti yang dia sendiri katakan dirinya tu. Ramai rakyat Kelantan lain yang tahu apa terjadi dalam perebutan takhta dahulu. Dan apa ynag terjadi dalam dunia korporat sekarang ni, hanya mereka yang terdekat shj yang tahu..

Yang penting Allah maha mengetahui, siapa yang benar dan siapa yang berpura-pura benar..
 
Tengku memang baik orangnya...20tahun bersamanya aku faham akan sifat nya, cuma salahnya dia ni ikut telunjuk isteri dan sering mempercayai orang yang salah, terlalu percayakan org dan terlalu liberal....tentang low profile aku memang puji dia ni, dia tidak sombong dan dia tidak memandang rendah pada org bawahan cuma dia ni dibawah kuasa isteri..."Queen Control" tapi percayalah dia adalah majikan yang terbaik yang tiada tandingannya....1 dalam 1000
 
Tengku Ibrahim ni baik dan tidak kedekut orangnya. Arwah bapa saya memang rapat dengannya sehinggalah dia ke luar negara. Dari kecil lagi mereka berkawan kerana arwah datuk saya dengan almarhum Tengku Indera sangat rapat.

DH
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]